Aneka Ragam Makalah

Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam



Jika bermanfaat, Mohon di Share ya !. kalau sempat sumbang tulisannya ya !
Kajian ini bertujuan untuk melihat profil penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah  persepsi guru-guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta tahap pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer di kalangan guru-guru Pendidikan Islam.  Di samping itu, kajian ini juga ingin melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dalam penggunaan komputer. Kajian dijalankan secara kajian tinjauan.  Soal selidik diedarkan kepada 40 orang guru-guru Pendidikan Islam yang sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS.  Dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk kekerapan (frekuensi), peratus, min dan sisihan piawai.  Hasil kajian mendapati guru-guru Pendidikan Islam mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.  Tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru Pendidikan Islam menggunakan komputer berada pada tahap yang sederhana, manakala halangan dan masalah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Islam berada pada tahap sederhana.

Makalah oleh: Mazalah Ahmad,  Maimun Aqsha Lubis dan  Md Yusoff Daud



PENGENALAN



Profil penggunaan komputer merujuk kepada huraian atau pemerihalan  beberapa aspek penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.  Di antaranya persepsi guru-guru Pendidikan Islam terhadap penggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru Pendidikan Islam menggunakan komputer dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Islam dalam penggunaan komputer. Tahap pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer pula dilihat dari sudut kemahiran guru-guru Pendidikan Islam menggunakan perisian komputer dan kemahiran guru-guru Pendidikan Islam menggunakan internet.

LATAR BELAKANG MASALAH

Konsep Sekolah Bestari telah diperkenalkan sebagai usaha Kementerian Pelajaran Malaysia mencorakan Sistem Pendidikan Malaysia bagi memenuhi Pendidikan Alaf Baru (Juriah et. al 2000).  Melalui Sekolah Bestari, sistem pendidikan dipertingkatkan dengan memperkenalkan Teknologi Maklumat sebagai komponen dalam pengajaran dan pembelajaran.  Penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran seharusnya berupaya mengujudkan pengajaran berkesan.  Pengajaran berkesan akan wujud sekiranya terdapat interaksi antara guru, perisian (bahan pengajaran) dan kemudahan (Cantero 2000).  Gabungan semua ini akan menambahkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang dipelajari.

Penggunaan teknologi seperti komputer akan mempengaruhi perkembangan Pendidikan Islam dalam lima tahap (Tajul Ariffin 1993).  Tahap pertama,  penggunaan komputer dapat berperanan sebagai pemangkin untuk membolehkan Pendidikan Islam meluaskan skop paradigmanya.  Tahap kedua ialah penggunaan teknologi canggih dapat digunakan untuk tujuan mengujudkan kesepaduan di antara Pendidikan Islam moden seperti bidang sains, ekonomi dan sebagainya.  Tahap ketiga ialah bagaimana kita menggunakan dan mengeksploit secara positif segala bentuk teknologi yang ada untuk menjadikan Pendidikan Islam sebagai teras pengajian ilmu pendidikan atau teras ilmu-ilmu lain.  Tahap keempat  kita perlu menguasai teknologi canggih khususnya teknologi maklumat seperti penggunaan komputer, internet dan sebagainya untuk mewujudkan satu rangkaian Pendidikan Islam sedunia.  Tahap kelima ialah bagaimana kita dapat memanfaatkan teknologi untuk membina konsep ketauhidan ilmu-ilmu.  Justeru itu, guru Pendidikan Islam perlu menguasai teknologi komputer dalam memantapkan kaedah dan teknik pengajaran mereka.  Usaha ini selari dengan dasar dan objektif semakan semula Kurikulum Pendidikan Islam yang bermula pada 2003, yang berhasrat menggunakan bahan multimedia (ICT) di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Pelaksanaan Pendidikan Islam berasaskan pendekatan Islam Hadhari yang bermula pada tahun 2005 juga bermatlamat  mewujudkan guru-guru yang bergerak seiring dengan kemajuan Sains dan Teknologi Maklumat.

Dari kajian-kajian yang telah dijalankan didapati guru Pendidikan Islam lebih kerap melaksanakan kaedah pengajaran tradisional yang berpusatkan guru seperti kaedah kuliah, syarahan, chalk and talk  dan buku teks, sedangkan kaedah pengajaran yang menggunakan komputer merupakan kaedah kedua yang diminati pelajar  (Ab Halim, 2004).  Usaha guru-guru Pendidikan Islam kearah pengajaran berbantukan komputer (PBK) juga berada di tahap yang kurang memuaskan (Khadijah dan Zaib 2002).  Fenomena ini jikalau dibiarkan berteruskan akan melahirkan produk sekolah yang tidak inovatif  dan kreatif.  Kajian lengkap perlu dilakukan untuk mengetahui hakikat sebenar isu ini.  Apatah lagi kemahiran dan penggunaan  komputer dalam sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan satu inovasi yang mampu mengangkat martabat Pendidikan Islam, maka seharusnya guru-guru Pendidikan Islam tidak terus ketinggalan dalam menguasai teknologi pendidikan ini. 

METODOLOGI


Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dan melibatkan seramai 40 orang guru Pendidikan Islam yang sedang menjalani pengajian di peringkat sarjana di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.  Guru-guru berkenaan datang dari pelbagai pengkhususan seperti iaitu Usuludin, Syariah, Bahasa Arab, Tamadun Islam, Al Quran dan Al Sunnah dan  Pendidikan Islam.  Satu set soal selidik dibina berpandukan soal selidik yang telah digunakan oleh penyelidik-penyelidik lain seperti Rohaya Hassan (2003), Mohd Nasir (2005) dan Suhaimi (2005).  Penugubahsuai terhadap instrumen berkenaan dilakukan untuk menepati objektif dan persoalah kajian yang dijalankan. Soal selidik dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu bahagian A, B, C, D dan E.  Pembahagiankan dibuat  berdasarkan aspek yang dikaji seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 dibawah:

Jadual 1:  Rekabentuk Soal Selidik
BAHAGIAN
ASPEK YANG DIKAJI
BILANGAN ITEM
A
Persepsi guru-guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan komputer di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
16
B
Pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer di kalangan guru-guru Pendidikan Islam:
·          Menggunakan perisian komputer
·          Menggunakan internet


13
13
C
Penggunaan komputer di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran  Pendidikan Islam .
14
D
Masalah-masalah penggunaan komputer yang dihadapi  oleh guru-guru Pendidikan Islam.
22
E
Kemudahan komputer disekolah
10

JUMLAH
88

Data yang dikumpul melalui soal selidik dianalisa dalam bentuk kekerapan (frekuensi), peratusan, min dan sisihan piawai.  Tiga interpretasi skor min yang berbeza digunakan mengikut kesesuaian dengan aspek-aspek yang dikaji iaitu persepsi guru terhadap penggunaan komputer, tahap pengetahuan dan kemahiran guru menggunakan komputer, dan tahap permasalahan yang dihadapi guru dalam  penggunaan komputer. Aspek persepsi guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan komputer diperihalkan berdasarkan interpretasi min seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.  Skor yang diperolehi dikodkan semula kepada 3 tahap iaitu persepsi  negatif, persepsi sederhana positif dan persepsi positif.

Jadual 2:  Interpretasi skor min bagi  Persepsi Guru Terhadap Komputer
Min
Interpretasi
1.00 – 2.33
Negatif
2.34 – 3.66
Sederhana Positif
3.67– 5.00
Positif

Tahap pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer guru Pendidikan Islam  diinterpretasikan berdasarkan skor yang dikodkan semula kepada 3 tahap iaitu kemahiran rendah, kemahiran sederhana dan kemahiran tinggi.  Interpretasi min  berkenaan ditunjukkan pada Jadual 3.

Jadual 3:  Interpretasi skor min bagi Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran
Min
Interpretasi
1.00 – 2.34
Kemahiran rendah
2.35 – 3.66
Kemahiran sederhana
3.67 – 5.00
Kemahiran tinggi

Interpretasi min untuk tahap halangan dan permasalahan penggunaan komputer di kalangan guru Pendidikan Islam ditunjukkan dalam Jadual 4.  Nilai skor dikodkan semula kepada 3 tahap halangan iaitu halangan rendah, halangan sederhana dan halangan tinggi.

Jadual 4:  Interpretasi skor min bagi  Masalah Penggunaan Komputer
Min
Interpretasi
1.00 – 2.49
Halangan rendah
2.50 – 3.49
Halangan sederhana
3.65– 5.00
Halangan tinggi
DAPATAN KAJIAN
Jadual 5: Profil Responden
Latarbelakang
Bilangan (f)
Peratus (%)
Umur




20 – 29 tahun
17
42.5

30 – 39 tahun
14
35.0

40 tahun ke atas
9
22.5
Jantina




Lelaki
20
50.0

Perempuan
20
50.0
Pengalaman mengajar



Kurang dari 5 tahun
16
40.0

6 hingga 10 tahun
14
35.0

11 hingga 15 tahun
5
12.5

Lebih 15 tahun
5
12.5

Min = 7.36, Sisihan piawai=5.93


Pengkhususan



Usuludin
5
12.5

Syariah
6
15.0

Bahasa Arab
15
37.5

Tamadun Islam
4
10.0

Al Quran dan Al Sunnah
4
10.0

Pendidikan Islam
5
12.5

Lain-lain
1
2.5
Jenis sekolah (mengajar)



Sekolah Rendah Agama Rakyat
3
7.5

Sekolah Menengah Agama
9
22.5

Sekolah Rendah Kebangsaan
4
10.0

Sekolah Menengah Kebangsaan
19
47.5

Lain-lain
5
12.5
Pengalaman menggunakan komputer



Lebih dari 4 tahun
65
65.0

3  -  4 tahun
25
25.0

0  -  2 tahun
5
5.0

Tidak pernah
5
5.0

Min=3.5, Sisihan piawai=0.82


Intensiti menggunakan komputer



Kurang dari 2 jam dalam seminggu
7
17.5

Antara 2 hingga 5 jam seminggu
15
37.5

Antara 5 hingga 30 jam seminggu
16
40.0

Antara 30 hingga 50 jam seminggu
0
0.0

Lebih daripada 50 jam seminggu
1
2.5

Min=2.31, Sisihan piawai=0.86

Kekerapan menghadiri kursus komputer dalam setahun


Tidak pernah
10
25.0

1 hingga 3 kali
29
72.5

4 hingga 6 kali
0
0.0

Lebih dari 6 kali
1
2.5

Min=1.80, Sisihan piawai=0.56


Inisiatif mengikut kursus komputer



Dengan inisiatif sendiri
25
62.5

Dihantar oleh majikan
30
30.0

Lain-lain
5
5.0
Peringkat kursus yang pernah dihadiri



Peringkat sekolah (kursus dalaman)
15
37.5

Peringkat negeri (anjuran Jabatan Pelajaran)
12
30.0

Perigkat Kebangsaan (Anjuran Kementerian Pelajaran)
2
5.0

;
Pusat pengajian Tinggi (kursus yang ditawarkan di IPT/IPTS)
4
10.0

Lain-lain (nyatakan)
1
2.5
Pemilikan komputer sendiri



Ya
38
95.0

Tidak
2
5.0

Seramai 40 orang guru-guru Pendidikan Islam dipilih sebagai responden kajian.  Guru-guru berkenaan datang terdiri dari pelbagai lingkungan umur dan datang dari pelbagai pengkhususan iaitu Usuludin 5 orang guru (12.5%), Syariah 6 orang guru (15.0%), Bahasa Arab 15 orang guru (37.5%), Tamadun Islam 4 orang guru (10.0%), Al Quran dan Al Sunnah 4 orang guru (10.0%), Pendidikan Islam 5 orang guru (12.5%). Guru-guru berkenaan terdiri daripada 20 orang (50%) guru perempuan dan 20 orang (50%) guru lelaki.  Nilai min pengalaman mengajar adalah 7.36 bermakna guru-guru yang dipilih sebagai responden adalah guru-guru yang berpengalaman dalam mengajar Pendidikan Islam.  Profil lengkap responden dinyatakan dalam Jadual 5.

Persepsi guru-guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan komputer di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Jadual 5 menunjukkan 95% daripada guru-guru Pendidikan Islam  memiliki komputer sendiri dan 62.5% daripada mereka mempunyai inisiatif sendiri untuk mengikuti kursus komputer  yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan lain-lain institusi.  Intensiti penggunaan komputer di kalangan guru-guru Pendidikan Islam  adalah tinggi dan secara puratanya mereka menggunakan komputer selama 2.3 jam seminggu.  Jadual 6 pula menunjukkan item-item dalam konstruk persepsi guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan komputer.  Sepuluh daripada 16 item  menunjukkan nilai min yang positif .  Nilai min keseluruhan untuk konstruk persepsi guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah 4.25, iaitu berada pada tahap persepsi positif.   Dapatan ini menunjukkan bahawa guru-guru Pendidikan Islam mempunyai persepsi yang positif mengenai penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Jadual 6:  Persepsi guru-guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan komputer di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
ITEM
MIN
MED
SP
PERSEPSI
P&P berbantukan komputer berpusatkan pelajar.
4.74
4
6.35
Positif
Komputer sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar yang menarik.
4.46
4
0.51
Positif
Penggunaan komputer dalam P&P membolehkan banyak maklumat disampaikan kepada pelajar
4.33
4
0.66
Positif
P&P Pendidikan Islam berbantukan komputer menggalakan kreativiti pelajar.
4.31
4
0.66
Positif
P&P Pendidikan Islam berbantukan komputer akan meningkatkan motivasi pelajar dalam Pendidikan Islam.
4.28
4
0.72
Positif
Komputer boleh membantu guru Pendidikan Islam dalam menyampaikan isi pengajaran lebih menyeluruh.
4.25
4
0.68
Positif
Urutan dalam P&P Pendidikan Islam mudah disampaikan dengan menggunakan komputer.
4.15
4
0.59
Positif
Penggunaan komputer dalam P&P membantu pelajar mengakses sendiri maklumat berkaitan.
4.13
4
0.61
Positif
Penggunaan komputer memudahkan pelajar memahami dan menghayati fakta-fakta dalam Pendidikan Islam
4.10
4
0.75
Positif
Saya menggunakan pelbagai strategi untuk menggalakan proses P&P menggunakan komputer.
3.82
4
0.79
Positif


Tahap pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer di kalangan guru-guru Pendidikan Islam

Pengetahuan dan kemahiran penggunaan komputer di kalangan guru-guru Pendidikan Islam dilihat dari 2 aspek iaitu pengetahuan dan kemahiran mereka menggunakan perisian komputer serta pengetahuan dan kemahiran mereka menggunakan internet.  Jadual 7 menunjukkan nilai min yang diperolehi bagi setiap aspek. Tahap pengetahuan dan kemahiran bagi guru-guru Pendidikan Islam dalam kedua-dua aspek penggunaan komputer berada pada tahap sederhana.  Nilai min bagi tahap pengetahuan dan kemahiran menggunakan perisian adalah 3.43 manakala nilai min bagi pengetahuan dan kemahiran menggunakan internet adalah 3.14.  Secara keseluruhannya tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru Pendidikan Islam menggunakaan komputer berada pada tahap yang sederhana (min=3.29).

Dari aspek penggunaan perisian komputer, para responden mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam menggunakan perisian Microsoft Word (min=4.02) dan  Microsoft Powerpoint (min=3.95).  Sementara itu pengetahuan dan kemahiran mereka menggunakan perisian Microsoft Excell pada tahap sederhana (min=3.48), Microsoft Access pada tahap sederhana (min=2.88), Microsoft Frontpage pada tahap sederhana (min=2.70) dan kemahiran menggunakan perisian kursus dalam bentuk CD ROM Interaktif  yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berada pada tahap sederhana  (min=3.50) juga.  Dari aspek keupayaan responden membina bahan-bahan pengajaran dengan menggunakan perisian-perisian yang bersesuaian berada pada tahap sederhana (min=3.28). Dari aspek pengetahuan dan kemahiran menggunakan internet pula, nilai min berada pada tahap yang tinggi  dalam pencarian bahan pengajaran (min=3.97), mendapatkan berita-berita terkini (min=3.92).  Pengetahuan dan kemahiran responden berada pada tahap yang sederhana  dalam menggunakan engin pencarian (min=3.53), memuat turun bahan-bahan dari internet (min=3.44) dan memuat naik bahan-bahan ke internet (min=2.56).  Tahap penggunaan bahan-bahan pengajaran dari E-Bahan (laman web yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia) juga berada pada tahap yang sederhana (min=2.77).   Tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam perbincangan secara on-line melalui e-group  berada pada tahap yang rendah (min=2.31).

Jadual 7:   Pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer
ASPEK
MIN
SP
STATUS
Pengetahuan dan kemahiran menggunakan perisian kursus
3.43
0.93
Sederhana
Pengetahuan dan kemahiran menggunakan internet
3.14
1.09
Sederhana
Keseluruhan
3.29
1.01
Sederhana

Masalah-masalah dihadapi  oleh guru-guru Pendidikan Islam dalam penggunaan komputer.

Permasalahan menggunakan komputer dilihat dari sudut persepsi guru terhadap penggunaan komputer, kemahiran guru menggunakan komputer, kemudahan peralatan komputer yang disediakan di sekolah dan sokongan pihak sekolah terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Dari sudut persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, halangan berada pada tahap yang rendah (min=1.97).  Halangan dari sudut kemahiran guru menggunakan komputer juga berada pada tahap yang rendah iaitu nilai min adalah 1.61.   Namun, halangan pada tahap sederhana berlaku dari sudut kemudahan  dan peralatan komputer yang disediakan di sekolah (min=2.84).  67.5% responden menyatakan bahawa mereka tidak menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam kerana kekurangan kemudahan peralatan. 70% responden menyatakan bahawa sekolah mereka tidak mempunyai perisian kursus khusus untuk Pendidikan Islam. 70% responden juga menyatakan bahawa sekolah mereka  tidak mempunyai LCD yang mencukupi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.   Sokongan dan galakan dari pihak pengurusan sekolah terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran juga berada pada tahap sederhana (min= 2.80).  Secara keseluruhannya halangan dan masalah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Islam berada pada tahap yang sederhana (min=2.56).

RUMUSAN DAN CADANGAN

Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi aspek pengetahuan dan kemahiran penggunaan komputer di kalangan guru-guru Pendidikan Islam berada pada tahap yang sederhana iaitu nilai min adalah 3.42 dan sisihan piawai adalah 0.53. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Mohd Nasir (2005), Nadarajan (2002) dan Siti Hajar (2002).  Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian hasrat semakan baru Kurikulum Pendidikan Islam untuk meningkatkan tahap implementasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berlaku agak perlahan.  Oleh yang demikian guru-guru Pendidikan Islam seharusnya terus berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka tentang penggunaan ICT terutamanya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek permasalahan penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran nilai min adalah 2.56 dan sisihan piawai adalah 0.37.  Ini menunjukkan halangan-halangan yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Islam untuk mengintegrasikan komputer  dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka berada pada tahap halangan sederhana.  Namun, dapatan kajian menunjukkan bahawa halangan dan masalah penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bukanlah disebabkan oleh guru itu sendiri kerana guru mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.  Dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru Pendidikn Islam mempunyai tahap kemahiran yang agak baik (sederhana) dalam aspek penggunaan komputer.  Masalah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam disebabkan oleh kemudahan peralatan yang tidak mencukupi kerana 67.5% guru menyatakan mereka tidak menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran disebabkan kekurangan peralatan.  70% guru menyatakan sekolah mereka tidak mempunyai bilangan LCD yang mencukupi dan 70% guru juga menyatakan di sekolah mereka tidak terdapat perisian kursus khusus untuk Pendidikan Islam.  Oleh yang demikian pihak pengurusan sekolah seharusnya berusaha untuk mempertingkatkan kemudahan komputer di sekolah untuk menyokong minat guru-guru Pendidikan Islam dalam mengintegrasikan ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.  Guru-guru Pendidikan Islam juga seharusnya mempertingkatkan kemahiran mereka khususnya dalam bidang pengaturcaraan supaya mereka berupaya membina persian-perisian kursus yang bersesuaian dengan konteks pengajaran mereka.

Hasil kajian menunjukkan guru-guru Pendidikan Islam mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Sikap positif ini ditunjukkan melalui pemilikkan komputer sendiri dan inisiatif mereka untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan komputer melalui kursus-kursus yang dijalankan.  95% guru-guru Pendidikan Islam ini mempunyai komputer sendiri dan 62.5% daripada mereka mempunyai inisiatif sendiri untuk mengikut kursus kemahiran komputer.  Namun begitu menurut Muhamad Tajuddin (2000), sikap guru terhadap komputer banyak bergantung kepada suasana dan keadaan sekolah.  Oleh yang demikian pihak pengurusan sekolah seharusnya menyediakan suasana yang kondusif dengan peralatan komputer yang lengkap agar boleh meningkatkan minat guru terhadap penggunaan komputer.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kejayaan usaha mengimplementasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajarn Pendidikan Islam adalah menjadi tanggunjawab semua.  Semua pihak harus bersatu padu untuk mengambil pendekatan yang proaktif dan kolektif dalam usaha untuk memperkasakan guru-guru Pendidikan Islam dengan kemahiran penggunaan komputer.  Peningkatan penggunaan komputer di dalam bidang pendidikan akan menjadi satu lonjakan kearah pencapaian pendidikan bertaraf dunia dan merealisasikan wawasan 2020.
Rujukan



Ab Halim bin Tamuri. (2004).  Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajarn Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar.  Laporan Penyelididkan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia dan bahagian Kurikulum Pendidikan Islam JAPIM.
Cantero, M.D. (2000).  Computers in Education:the near future.  Dlm. Ortega M and Bravo, (pnyt). Computer And Education In The 21st Century, hlm. 3-16.  Netherland, Kluwer Academic Publisher.
Juriah Long, Raja Mohd Fauzi, Zarin Ismail, Nik Mohd Rahimi, Siti Fatimah dan Kamaruzaman. (2000).  Pendidikan Dan Latihan Guru Bahasa Alaf Baru.  Prosiding Pendidikan Alaf Baru. hlm. 67-75.
Khadijah Abdul razak dan Zaib Ngah. (2002).  Isu Dan Cabaran Pelaksanaan Pendidikan Islam.  Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). Fakulti Pendidikan:UKM.
Mohd Nasir. (2005).  Tahap Penggunaan Komputer Dalam Pengajran Guru-Guru Program Khas Bermasalah Pembelajaran Di Negeri Sembilan. Projek Sarjana Pendidikan.  Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhamad Tajuddin bin Sidek. (2000).  Penggunaan Dan Permasalahan ABM Di Kalangan Guru Pendidikan Islam.  Tinjauan Di Sekolah Menengah Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan.  Projek Sarjana Pendidikan.  Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nadarajan a/l Mariamuthu. (2002).  Tahap Penggunaan Komputer Dan Internet Di Kalangan Guru Ekonomi: Satu Tinjauan.  Projek Sarjana Pendidikan.  Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rohaya Hassan. (2003).  Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Komputer Dari Perseptif Guru Pendidikan Islam Di Daerah Kuala Terengganu.  Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Hajar Md Noh. (2002).  Penggunaan Multimedia Di Kalangan Guru Sains Dalam Pengajaran Sains KBSM.  Tesis Sarjana Pendidikan.  Universiti Kebangsaan Malaysia.
Suhaimi bin Mohd Isa. (2005).  Tahap Kemahiran Dan Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Di Negeri Sembilan. Projek Sarjana Pendidikan.  Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tajul Ariffin Nordin. (1993).  Penggunaan Teknologi Canggih Dalam Pendidikan Islam Pada Abad Ke 21.  Kertas Kerja Seminar Islam Dan cabaran Abad 21.  ITM.  Shah Alam.

Jika Anda Tertarik untuk mengcopy Makalah ini, maka secara ikhlas saya mengijinkannya, tapi saya berharap sobat menaruh link saya ya..saya yakin Sobat orang yang baik. selain Makalah Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam, anda dapat membaca Makalah lainnya di Aneka Ragam Makalah. dan Jika Anda Ingin Berbagi Makalah Anda ke blog saya silahkan anda klik disini.Salam saya Ibrahim Lubis. email :ibrahimstwo0@gmail.com


Makalah atau artikelnya sudah di share, makasih ya !

Mau Makalah Gratis! Silahkan Tulis Email Anda.
Print PDF
Previous
Next Post »
Copyright © 2012 Aneka Makalah - All Rights Reserved