Aneka Ragam Makalah

Makalah Globalisasi



Jika bermanfaat, Mohon di Share ya !. kalau sempat sumbang tulisannya ya !
Makalah Globalisasi
(Dampak dan Pengaruh Globalisasi Bagi Kehidupan Manusia)

A. PENDAHULUAN

Pembangunan sosial menjadi agenda utama dalam era globalisasi agar manusia dapat mengenali dirinya sebagai pemain dalam dunia sains dan teknologi. Sains dan teknologi itu, adalah satu alat sebagai pengantara manusia memahami ciri-ciri pembangunan tamadun sejajar dengan keadaan semasa.

Menepati kehendak fitrah manusia memperlihatkan bahawa tuntutan pembangunan dan kemajuan tamadun Islam adalah bertepatan dengan kehendak naluri manusia yang menitikberatkan spiritual, emosional dan moral berbanding fisikal dan material. Tamadun yang dibangunkan secara lahiriah dan menitikberatkan aspek material berbanding spiritual hanya dapat memenuhi tuntutan hawa nafsu dan tidak berlandaskan ilmu dan ilham. Manakala ilmu agama merupakan satu disiplin tamadun untuk mengenali diri sebagai media dalam memurnikan kehidupan dan juga mendekatkan diri kepada zat yang Maha Pencipta.

Sistem ekonomi global hari ini bukan lagi suatu rangkaian ringkas kesan saja, tetapi suatu jaringan perhubungan respons yang kompleks. Perkongsian pintar adalah tentang perkonsian secara adil dan saksama.

Kewujudan globalisasi atau dunia tanpa sempadan menghalalkan kebebasan menyalurkan pembangunan sosial ala Barat sebagai satu agenda yang mengkufurkan kesucian beragama. Tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi mempunyai manfaat kepada pembangunan ekonomi sejagat kerana mewujudkan unsur kerjasama, iaitu falsafah yang menggunakan konsep perkongsian pintar.



B. Identitas Globalisasi Secara Umum

Globalisasi mempunyai berbagai dimensi, ekonomi, budaya, teknologi, sosial, dan lain-lain. Dalam bidang ekonomi, misalnya; mekanismenya termasuklah Tabung. Antara agenda mereka yang lain adalah untuk memperluas sistem ekonomi yang berasaskan riba, seperti; 
  • Memungkinkan penguasaan sistem ini dalam sistem ekonomi nasional.
  • Mengikat perekonomian negara mundur dengan mekanisme ekonomi negara kapitalis.
  • Memastikan syarikat-syarikat besar tertentu menguasai arah alir ekonomi dalam negara berkenaan.
  • Menenggelamkan negara-negara yang berpotensi menjadi lawan politik dengan beban hutang yang kian bertambah-tambah sehingga ia tidak mampu lagi bersaing dengan negara-negara kaya. 
Globalisasi budaya berperanan membentuk cara berfikir, tata kelakuan dan gaya hidup yang sejajar dengan cara hidup Barat. Pola hidup liberal dan bebas dianggap pola hidup yang paling bertamadun. Pola hidup ini hendak dipaksakan kepada negara-negara dan bangsa dunia ketiga.  

Globalisasi Politik pula adalah bentuk atau dimensi globalisasi yang bertujuan memaksa perlaksanaan sistem politik Barat kepada negara-negara lain. Kaedah hidup bermuafakat, syura dan sebagainya adalah kaedah warisan dan nilai peradaban Islam yang unggul tetap relevan dengan kehidupan manusia yang bertamadun masa kini. Usaha untuk menafikan sistem judiciary Islam atau tempatan yang baik adalah suatu bentuk penjajahan


C. Defenisi Globalisasi Menurut Beberapa Ahli


1 Pengertian globalisasi mengikut Kamus Dewan

Globalisasi membawa maksud “fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.”

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh berbagai maklumat yang disalurkan menerusi Berbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber.


2 Pengertian globalisasi mengikut Ilmuan Islam
  • Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat:

"Adapun globalisasi, kami melihat - berdasarkan seruannya sehingga ke hari ini - ia adalah pemaksaan penguasaan politik, ekonomi, budaya dan sosial daripada Amerika Syarikat terhadap dunia, khususnya dunia timur dan dunia ketiga, bahkan secara lebih khusus, dunia Islam."

Bolehlah disimpulkan di sini bahwa globalisasi merupakan salah satu daripada penjajahan baru yang lebih merbahaya dan licik daripada Amerika Syarikat untuk menguasasi dunia dalam segala aspek, sama ada ekonomi, sosial, budaya dan politik. Justeru, tidak hairanlah ada gerakan dari barat sendiri, secara khususnya di negara-negara Eropah yang menentang globalisasi. Beberapa sesi tunjuk perasaan telah mereka buat di bandar-bandar besar dunia untuk mengkritik globalisasi dan mengajak penduduk dunia menentangnya.

3 Pengertian globalisasi mengikut Ilmuan Barat

Cendiakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yg lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi.

Globalisasi dalam erti literal adalah sebuah perubahan sosial, berupa bertambahnya keterkaitan di antara masyarakat dan elemen-elemennya yang terjadi akibat transkulturasi dan perkembangan teknologi dalam bidang transportasi dan komunikasi yang memfasilitasi pertukaran budaya dan ekonomi internasional. Istilah globalisasi dapat diterapkan dalam berbagai konteks sosial, budaya, ekonomi dan sebagainya. Misalnya, globalisasi dapat diertikan sebagai:
  • pembentukan desa global (global village) - yang bererti konteks yang lebih erat antara berbagai pelosok dunia, meningkatnya interaksi personal, saling kerja sama dan persahabatan antara penduduk dunia.
  • globalisasi ekonomi - meningkatnya perdagangan bebas dan meningkatnya hubungan antara pelaku ekonomi di berbagai negara.
Dalam banyak hal, globalisasi mempunyai banyak karakteristik yang sama dengan internasionalisasi, dan istilah ini sering dipertukarkan. Sebahagian pihak sering menggunakan istilah globalisasi yang dikaitkan dengan berkurangnya peranan negara atau batas-batas negara. Orang-orang Perancis menggunakan perkataan "Mondialisation" dalam menerangkan globalisasi. Manakala orang-orang Amerika dan Inggeris pula menggunakan perkataan Inggeris "Globalization" yang mula-mula muncul di Amerika Syarikat. Ia membawa maksud mengumumkan sesuatu dan meluaskan kawasannya agar merangkumi semua.


D.  Sejarah Globalisasi

Telah menjadi tabiat manusia, mereka berkeinginan untuk menguasai pihak yang lain. Keinginan untuk berkuasa ini bukan sahaja berbentuk peribadi, bahkan ia juga berbentuk kelompok. Dengan kata lain, keinginan tersebut dimiliki oleh sesuatu bangsa atau umat untuk menguasai bangsa dan umat yang lain. Memandangkan manusia telah dianugerahkan oleh Allah kemampuan untuk berfikir, maka pertelingkahan dan peperangan yang berlaku untuk memuaskan keinginan tersebut berlaku dalam berbagai bentuk. 
  • Dalam menerangkan perkara ini, seorang pengkaji berkata:
"Peperangan dan bentuk-bentuknya semakin maju dengan majunya akal manusia. Persenjataan juga semakin maju bermula dengan penggunaan besi dan api hingga berakhir dengan senjata nuklear di penghujung perang dunia yang disaksikan oleh umat manusia pada tahun 1945 yang menandakan munculnya kuasa baru dunia iaitu Amerika Syarikat"

Memandangkan peperangan sedemikian rupa memerlukan kepada modal yang tinggi dan meninggalkan kesan yang sangat negatif dari apsek harta dan moral, maka manusia berfikir cara baru dalam mencari kekuasaan. Berkaitan perkara ini, berkata Dr. Mustafa Abdul Ghani:

"Sebelum sempat Kuasa Perikatan bersedia untuk keluar daripada Perang Dunia Kedua dengan kemenangan, Amerika Syarikat telah cuba memperkukuhkan peranan imperialisnya yang baru. Kita tahu bahawa Persidangan Bretton Woods yang berlangsung pada 1/7/1944 hingga 22/7/1944 adalah dianjurkan oleh Amerika. Dalam persidangan tersebut bermulalah kisah pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk memperkuat cengkamannya terhadap negara-negara yang lain. Dalam persidangan itu juga, dua perjanjian telah berjaya dibentuk iaitu tabung wang dan bank dunia. Selepas itu, Perjanjian Am Mengenai Taarif Dan Perdagangan telah dibuat. Secara zahir pada awalnya, ia hanyalah sebagai badan sementara berkaitan perdagangan."

Justru, di sinilah bermulanya sejarah globalisasi yang ada pada hari ini. Pertubuhan-pertubuhan dunia yang ditubuhkan tersebut akhirnya digunakan oleh kuasa-kuasa besar, secara khususnya Amerika Syarikat, untuk menguasai dunia keseluruhannya. Pengusaan Amerika ini semakin kukuh apabila GATT bertukar kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Ia tidak lain tidak bukan hanyalah dibuat untuk menjaga kepentingan negara perindustrian maju, khasnya Amerika Syarikat.

Begitu jugalah, globalisasi sebenarnya adalah sistem kapitalisme lama yang berwajah baru. Sejarah membuktikan, pada kurun ke 19, negara-negara kapitalis menunjukkan belangnya dengan menjajah negara-negara lain dan mengaut sebanyak mungkin hasil buminya, tanpa mengambil kira dimensi sosial ketika mereka menjajah. Dengan kata lain, mereka menzalimi rakyat negara yang mereka jajahi. Sebagai tindak balas daripada gejala ini, sistem sosialisme – yang lebih mengambil kira dimensi sosial - diterima oleh golongan yang dizalimi ini.

Kesannya, berlakulah sistem dua kuasa dunia atau dua kutub. Kutub pertama diwakili oleh Amerika Syarikat yang merupakan negara kapitalisme dan kedua diwakili oleh Kesatuan Soviet yang merupakan negara sosialisme. Justeru, berlakulah perang dingin di antara kedua-dua kutub tersebut sekitar kurun ke 20. Pada ketika itu, kapitalisme tidak mampu menunjukkan belangnya dan berselindung di belakang tabir dimensi sosial.

Namun, apabila Kesatuan Soviet runtuh sekitar tahun 90an, mereka tidak segan silu untuk menunjukkan wajah lamanya yang sebenar. Apa yang berlaku di Afghanistan dan Iraq membuktikan perkara ini. Inilah yang disebut sebagai globalisasi.


E. Sumbangsih Globalisasi Bagi Kehidupan Manusia

1. Dampak Positif Globalisasi

Banyak pihak di dunia telah menilai baik buruknya globalisasi, terutamanya globalisasi ekonomi. Chandra Muzaffar telah menyenaraikan lapan kebaikan dan 13 keburukan globalisasi. Menurut Chandra, globalisasi mendatangkan lebih banyak keburukan kepada umat manusia seluruh dunia daripada kebaikan. Diantara aspek positif globalisasi ialah :
  • peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara.
  • peningkatan mobiliti sosial pengukuhan kelas menengah.
  • Komunikasi yang jauh lebih mudah dan juga murah.
  • peluang yang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa berbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia.
  • penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia.
  • peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan melalui teknologi baru komunikasi dan maklumat
  • penonjolan hak-hak asasi wanita.
  • peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbegai-bagai kumpulan etnik, budaya agama berinteraksi.
2. Dampak Negatif Globalisasi

Dari segi keburukan globalisasi ada beberapa dampak negatifnya sebagaimana yang diterangkan oleh Chandra ialah :
  •  kualitas alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan.
  • Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.
  • Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara terutamanya negara-negara Selatan.
  • Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan.
  • Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatan yang semakin melebar di negara-negara Utara sendiri.
  • Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global.
  • Penyebaran budaya pop Amerika yang ‘menyegarkan pancaindera dan mematikan roh’.
  • Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan.
  • Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.
  • Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung.


F. Peran Globalisasi Bagi Manusia

1. Sosio-Budaya

Globalisasi budaya berperanan membentuk cara berfikir, tatakelakuan, dan gaya hidup yang sejajar dengan cara hidup Barat. Pola hidup liberal dan bebas dianggap pola yang paling bertamadun. Pola hidup ini hendak dipaksakan kepada negara-negara dan bangsa dunia ketiga. Melalui sidang dan rumusan koferentasi antarabangsa mereka mahu menghalalkan atau memudahkan perzinaan berlaku dalam masyarakat, merubah pengertian dan struktur keluarga sehingga merangkumi bentuk dan struktur yang diharamkan oleh syara’.

2. Percaturan Politik

Globalisasi politik adalah bentuk globalisasi yang bertujuan memaksa pelaksanaan sistem politik barat kepada negara-negara lain. Walaupun dalam atas yang bersesuaian dengan tuntutan agama serta kehendak rakyat-memang diperlukan dan menjadi asas perjuangan namun itu tidak bermakna kita akur kepada keseluruhan sistem liberal dan politik yang dijalankan di barat. 


G. Kesimpulan

Dunia tanpa globalisasi yang diwujudkan oleh manusia sejagat sebenarnya mempunyai misi dalam melahirkan ukhuwah kemanusiaan. Walau bagaimanapun, oleh sebab pihak dalam perlaksanaan agenda tersebut terdiri daripada manusia sejagat yang mempunyai kepentingan diri masing-masing sesuai dengan pembangunan negaranya sendiri, maka amatlah penting kepada pihak-pihak lain di seluruh dunia, mempunyai disiplin diri untuk memahami faktor-faktor yang disediakan oleh budaya tersebut, ada kesuaian kepada pembaangunan manusia.

Kemajuan sains dan teknologi telah mengubah cara pembanguan moral yang ditetapkan oleh agama. Manusia telah menumpuk pemikirannya kepada keunggulam sains dan teknologi dan membelakangi ketakwaan kepada Allah S.W.T.. Misi pemikiran manusia tertumpu kepada tamadun yang menyediakan ilmu materialistik dan duniawi.

Semuanya bergantung kepada pendekatan mesin dan peralatan yang digunakan oleh manusia. Sebenarnya ia merupakan senjata bermata dua. Ia boleh digunakan untuk perkara yang baik dan juga dapat digunakan untuk perkara yang buruk. Kesan yang amat membahayakan daripada tamadun hari ini ialah terungkainya ikatan akhlak yang dibawa oleh agama.

Agenda yang dibawa oleh budaya globalisai kebanyakannya mempunyai ciri-ciri yang merusakkan pembangunan rohani atau dalam erti kata lain meruntuhkan pembangnan moral manusia mukmin. Dalam hal yang demikian menjadi tanggungjawab setiap insan untuk menjaga dan memelihara kepentingan bermoral yang akan membina masyarakat manusia yang berdisiplin dan berakhlak mulia yang wajar ada kepada makhluk manusia. 



Daftar Pustaka

  • Hashim Makaruddin, Globalisasi Perkongsian Pintar dan Kerajaan,  Bhd: Utusan Publication Distributors Sdn, 2003
  • Dr. Hakimi Ibrahim, Globalisasi: Peranan Ekonomi dan Keuangan Islam,  Malaysia: Institut Kefahaaman Islam, 1999
  • Zulkifli Dahalan, Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam, Malaysia:  Pusat Penerbitan Universiti, 2009 


Makalah atau artikelnya sudah di share, makasih ya !

Mau Makalah Gratis! Silahkan Tulis Email Anda.
Print PDF
Previous
Next Post »
Copyright © 2012 Aneka Makalah - All Rights Reserved